Tarikh
Keputusan:
1 Jan, 1970
Huraian
Tajuk/Isu:
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa
Perunding Hukum Syara' untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai solat
Qasar dan Jamak Zohor dengan Asar pada hari Jumaat.
Keputusan:
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'
(Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah
membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :
'Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 memutuskan
bahawa perkara ini merupakan hukum yang telah sedia ada'.
Keterangan/Hujah:
LATAR
BELAKANG
1. Solat Qasar adalah satu keringanan bagi
orang yang bermusafir serta memenuhi syarat untuk melakukan solat Qasar. Orang
yang bermusafir tidak diwajibkan solat Jumaat berdasarkan Hadith :
Maksudnya : Tidak diwajibkan solat Jumaat
ke atas musafir.
Jika orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat
menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai (orang yang diwajibkan solat
Jumaat), maka dikira sah solat itu dan tidak diharuskan solat fardhu zohor
kerana mereka menanggung kesulitan sebagaimana juga orang musafir yang
melakukan puasa, sedangkan orang yang bermusafir tidak diwajibkan berpuasa
tetapi jika dia berpuasa maka puasanya dikira sah. Ini kerana setiap orang yang
sah solat zohornya tetapi tidak diwajibkan solat Jumaat. Apabila ia menunaikan
solat Jumaat, maka solatnya dikira sah mengikut ijma", sebab sah bagi
orang yang tidak uzur, maka tentulah lebih sah bagi orang uzur.
2. Sehubungan dengan itu, berbagai
pandangan ulama" dikemukakan. Antaranya :
Mazhab Hambali
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir
yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 15 hari.
Mazhab
Maliki
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir
yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 14 hari genap atau lebih,
walaupun dengan adanya orang musafir itu tidak semestinya sah berjumaat (kerana
orang musafir tidak dikira dalam bilangan Jemaah yang membolehkan sah solat
Jumaat)
Mazhab
Syafii
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir
yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang
memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi
sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan
solat Jumaat
Mazhab
Hanafi
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir
sekiranya ia berniat untuk tinggal selama 4 hari lebih ataupun musafir dengan
tujuan maksiat. Ini bertujuan supaya maksiat tidak menjadi dasar kepada
keringanan daripada kewajipan solat Jumaat atau kerana jarak antara tempat dia
berada dengan tempat yang dilakukan solat sejauh satu fasakh atau kurang atau
jarak jauh musafir itu kurang daripada jarak yang dibenarkan Qasar solat.
Rujukan : Fiqh dan Perundangan Islam
(jilid II)
No comments:
Post a Comment