DOA
SELEPAS SOLAT SUNAT DHUHA
Ya Allah,
sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu Engkau.
Elok ialah keelokan Engkau.
Cantik ialah kecantikan Engkau.
Kuat ialah kekuatan Engkau. Kuasa ialah kekuasaan Engkau. Pelihara ialah peliharaan Engkau. Ya Allah, jika ada rezeki ku di langit turunkanlah. Dan jika ada di bumi maka keluarkanlah. Maka jika adalah payah maka mudahkanlah. Maka jika adalah jauh hampirkanlah. Dengan berkat
kebesaran waktu dhuha, keelokan, kecantikan, kekuatan dan kekuasaan
Engkau, kurnialah akan daku barang yang Engkau
kurniakan dengannya hamba-hamba Engkau yang soleh.
DOA
SELEPAS SOLAT SUNAT ISYRAQ
Segala puji
kembali kepada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan terbit
matahari dari tempat terbitnya. Ya
Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripada ku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hati ku dengan cahaya
hidayah Mu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan matahari Mu terus
menerus dengan rahmat Mu Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.
DOA
SELEPAS SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Ya Allah,
bagi Engkau kepujian. Engkau yang
memerintah tujuh lapisan langit dan bumi, dan mereka yang didalamnya. Dan bagi Engkau segala puji-puji. Engkau cahayakan tujuh lapisan langit dan
bumi, dan mereka yang di dalamnya. Dan
bagi Engkau segala puji. Engkaulah yang
sebenar, dan janji Engkau itu benar, dan bertemu dengan Engkau benar, dan
firman Engkau benar, syurga itu benar, neraka itu benar, nabi-nabi itu benar,
Nabi Muhammad itu benar, hari kiamat itu benar.
Ya Allah, bagi Engkau Islam ku, dan dengan Engkau beriman ku, dan kepada
Engkau berserah ku, dan kepada Engkau kembali ku dengan sebab berbantah ku
(durhaka ku), dan kepada Engkau berhukum ku.
Maka ampunilah dosa-dosa yang aku dahulukan dan dosa-dosa yang aku
kemudiankan, dan yang aku rahsiakan, dan dosa yang aku nyatakan, dan dosa yang
Engkau lebih mengetahui dengannya daripada ku.
Engkau yang dahulu dan yang kemudian.
Tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenar-benarnya melainkan
Engkaulah. Tiada Tuhan selain daripada
Engkau.
DOA
SELEPAS SOLAT SUNAT TAUBAT
Ya Allah, aku
memohon ampun kepada Mu daripada segala dosa yang aku telah bertaubat kepada Mu
daripadanya kemudian aku ulangi padanya.
Aku mohon ampun padaMu dari segala yang telah aku berjanji kepadaMu
dengannya dari diriku yang tidak aku tunaikan janji bagiMu dengannya. Dan aku memohon ampun kepadaMu dari segala
amalan yang aku hendak buat kerana wajahMu yang mulia maka bercampur aduk
dengan yang lain dari Kamu. Dan aku memohobn
keampunanMu dari segala nikmat yang Engkau telah beri dengannya kepadaku maka
aku mencari pertolongan dengannya bagi mengerjakan maksiat terhadapMu. Dan aku memohon keampunanMu wahai yang maha
mengetahui yang ghaib dan yang nyata daripada segala dosa yang aku kerjakan di
cahaya siang dan kegelapan malam, di tempat ramai dan di tempat sunyi, dan
dengan secara rahsia dan terang-terangan.
Wahai Tuhan yang maha penyantun.
DOA
SELEPAS SOLAT SUNAT HAJAT
Ya Allah,
kami memohon kepadaMu akan anugerah dari rahmatMu dan memperolehi keampunanMu
dan mendapat bahagian dari setiap kebaikan dan keselamatan dari setiap
kejahatan dan berjaya mendapat syurga dan membebaskan dari api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar
ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir dan batinku, dan tidak
satu urusan pun dari urusanku yang tersembunyi olehMu. Dan aku adalah hamba yang sengsara dan amat
memerlukan, hamba yang meminta pertolongan dan yang memohon bantuan, hamba yang
penakut, yang minta dikasihani yang mengaku dan menyatakan semua dosa-dosanya
kepadaMu. Ya Allah, aku memohon kepada
Mu sebagaimana mintanya si miskin, dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya orang
berdosa yang amat hina. Aku mohon padaMu
seperti orang yang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang
menundukkan jiwanya, merendahkan raganya dan wajah serta hidungnya kepadaMu.
DOA
SELEPAS SOLAT SUNAT TASBIH
Wahai
Tuhanku, Wahai Tuhan Yang Pemurah, Wahai Tuhan Yang Penyayang, Wahai Tuhan Yang
Hidup Yang Memerintah, Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan,
Wahai Tuhan tempat tumpuan taqwa, dan
keampunan, demi Tuhan yang mengingatkan mereka yang berzikir, terimalaqh dariku
taubat yang sebenar-benar taubat (tidak ulang kembali) dan lebihkanlah akan
daku dengan limpah kasihan belas Engkau, cahaya yang gilang gemilang, dan
berkilau-kilauan, wahai Tuhan Yang Penyayang daripada segala yang penyayang.
DOA
SELEPAS SOLAT SUNAT WITIR
Ya Allah,
bahawa sanya kami memohon akan dikau iman yang berkekalan. Dan kami memohon akan dikau hati yang
tetap. Dan kami memohon akan dikau ilmu
yang berguna. Dan kami memohon akan
dikau yakin yang benar. Dan kami memohon
akan dikau amalan yang soleh. Dan kami
memohon akan dikau agama yang teguh. Dan
kami memohon akan dikau kemaafan dan sihat.
Dan kami memohon akan dikau kesempurnaan sihat. Dan kami memohon akan dikau syukur atas
sihat. Dan kami memohon akan dikau
terkaya daripada manusia. Ya Allah,
Tuhan kami, terimalah sembahyang kami, puasa kami, ibadat kami, khusuk kami,
merendah diri kami, perhambaan kami, dan sempurna kesalahan kami. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Hai Tuhan Yang Penyayang daripada
segala yang penyayang. Dan rahmat Allah
atas sebaik-baik makhlukNya Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan
sahabatnya sekalian. Dan puji-puji bagi
Allah, Tuhan yang memerintah sekalian alam.
No comments:
Post a Comment