Friday 18 September 2015

Post terakhir saya…







Kehidupan ini penuh dengan kegembiraan, kedukaan dan dugaan dari Allah s.w.t. Ujian yang diberikan adalah untuk hamba-hambaNya yang terpilih sahaja. Bukan sebagai tanda seksaan dariNya tetapi tanda sayang dan ingatan Allah s.w.t. kepada hambaNya. Setiap hambaNya pasti akan menerima ujian dariNya. Hanya bentuk dan tahap ujian itu berbeza-beza. Inilah kisah saya dan isteri serta keluarga saya.

31032012
Tarikh perkahwinan saya dan isteri tersayang, Nor Hidayah Mohd Kamarulbhrin. Hanya perkenalan singkat telah membawa kami bersatu menjadi suami isteri yang sah. Hidayah, seorang isteri yang amat penyayang dan taat kepada saya. Walaupun dalam usia yang muda, isteriku dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan sempurna. Hidup kami berdua amat harmoni dan gembira. Betullah orang tua-tua kata, bercinta selepas bernikah ini lagi menggembirakan a.k.a ‘best’. Kegembiraan dan kebahagiaan ini bertambah lagi pada November 2013 apabila isteriku disahkan mengandung anak pertama kami. Saya terlalu gembira dengan berita ini. Alhamdulillah. Siapa tak gembira dengan kehadiran zuriat dalam hidup? Betul tak?

15062013

Lahirnya permata hati Ummi dan Walid, Hania Syakira (tq Ust Wan Akashah dan Ustzh pilih nama). Lahir 26 minggu. Berat 700 gram. Walaupun begitu, hanya 8 hari sahaja Allah s.w.t. berikan waktu untuk kita bersama. 22 Jun 2013 Hania pergi meninggalkan Ummi dan Walid. Rasa seperti semalam kita berjumpa sayang. Walid dan Ummi rindu sangat dengan Hania. Semoga Hania gembira bersama bidadari syurga. Semoga Allah s.w.t. ketemukan kita kelak sayang. Sungguh berat dugaan yang Allah s.w.t. uji pada saya dan isteri waktu ini. Saya dan isteri perlu kuat untuk teruskan kehidupan kami.


31122014
Lahirnya permata hati kedua Ummi dan Walid. Hilman Shakir (tq Ust Wan Akashah dan Ustzh pilih nama). Terima kasih Allah s.w.t. berikan kami rezeki ini. Lahir 25 minggu. Berat 825 gram. Alhamdulillah, Hilman sehingga hari dan saat ini kuat dan membesar dengan sehat. Walaupun masih di NICU Hospital Putrajaya (7 bulan di HPJ dan 1 bulan di HKL) Ummi dan Walid sentiasa doakan Hilman cepat sembuh dan dapat balik ke rumah. Ujian kedua dalam hidup kami suami isteri. Walaupun begitu, kami hadapinya dengan cukup positif. Alhamdulillah kami dapat terima Qada' dan Qadar ini dengan tenang. Kalau nak ceritakan komplikasi-komplikasi yang Hilman atasi cukup banyak. Cukuplah sekadar saya beritahu yang Hilman kuat untuk hadapi semua ini. Walaupun tidak seperti anak-anak orang lain, Hilman, amanah dari Allah s.w.t. ini akan Walid dan Ummi jaga sehingga akhir hayat.



Inilah kisah hidup saya suami isteri. Pohon kepada sesiapa yang membaca blog saya ini dapat mendoakan agar Hilman Shakir sehat dan dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain di luar sana dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah anak saya Hania Syakira. 

Ujian Allah s.w.t. diberi dalam pelbagai cara dan bentuk. Mungkin ini ujian untuk Allah s.w.t. uji saya dan isteri dan mungkin ini juga adalah permulaan untuk rezeki kami sekeluarga. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu sebab tersebut. Kita sebagai hambaNya perlu patuh dengan segala perintahNya dan redha dengan segala ketentuanNya. 

Sekian, diharap semua post saya ini memberi manfaat kepada anda semua.


DOA-DOA SELEPAS SOLAT SUNAT



DOA SELEPAS SOLAT SUNAT DHUHA

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu Engkau.  Elok ialah keelokan Engkau.  Cantik ialah kecantikan Engkau.  Kuat  ialah kekuatan Engkau.  Kuasa ialah kekuasaan Engkau.  Pelihara ialah peliharaan Engkau.  Ya Allah, jika ada rezeki ku di langit turunkanlah.  Dan jika ada di bumi maka keluarkanlah.  Maka jika adalah payah maka mudahkanlah.  Maka jika adalah jauh hampirkanlah.  Dengan berkat  kebesaran waktu dhuha, keelokan, kecantikan, kekuatan dan kekuasaan Engkau, kurnialah akan daku  barang yang Engkau kurniakan dengannya hamba-hamba Engkau yang soleh.


DOA SELEPAS SOLAT SUNAT ISYRAQ

Segala puji kembali kepada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan terbit matahari dari tempat terbitnya.  Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripada ku  keburukan hari ini.  Ya Allah, terangilah hati ku dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan matahari Mu terus menerus dengan rahmat Mu Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.


DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Ya Allah, bagi Engkau kepujian.  Engkau yang memerintah tujuh lapisan langit dan bumi, dan mereka yang didalamnya.  Dan bagi Engkau segala puji-puji.  Engkau cahayakan tujuh lapisan langit dan bumi, dan mereka yang di dalamnya.  Dan bagi Engkau segala puji.  Engkaulah yang sebenar, dan janji Engkau itu benar, dan bertemu dengan Engkau benar, dan firman Engkau benar, syurga itu benar, neraka itu benar, nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad itu benar, hari kiamat itu benar.  Ya Allah, bagi Engkau Islam ku, dan dengan Engkau beriman ku, dan kepada Engkau berserah ku, dan kepada Engkau kembali ku dengan sebab berbantah ku (durhaka ku), dan kepada Engkau berhukum ku.  Maka ampunilah dosa-dosa yang aku dahulukan dan dosa-dosa yang aku kemudiankan, dan yang aku rahsiakan, dan dosa yang aku nyatakan, dan dosa yang Engkau lebih mengetahui dengannya daripada ku.  Engkau yang dahulu dan yang kemudian.  Tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkaulah.  Tiada Tuhan selain daripada Engkau.



DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TAUBAT

Ya Allah, aku memohon ampun kepada Mu daripada segala dosa yang aku telah bertaubat kepada Mu daripadanya kemudian aku ulangi padanya.  Aku mohon ampun padaMu dari segala yang telah aku berjanji kepadaMu dengannya dari diriku yang tidak aku tunaikan janji bagiMu dengannya.  Dan aku memohon ampun kepadaMu dari segala amalan yang aku hendak buat kerana wajahMu yang mulia maka bercampur aduk dengan yang lain dari Kamu.  Dan aku memohobn keampunanMu dari segala nikmat yang Engkau telah beri dengannya kepadaku maka aku mencari pertolongan dengannya bagi mengerjakan maksiat terhadapMu.  Dan aku memohon keampunanMu wahai yang maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata daripada segala dosa yang aku kerjakan di cahaya siang dan kegelapan malam, di tempat ramai dan di tempat sunyi, dan dengan secara rahsia dan terang-terangan.  Wahai Tuhan yang maha penyantun.


DOA SELEPAS SOLAT SUNAT HAJAT

Ya Allah, kami memohon kepadaMu akan anugerah dari rahmatMu dan memperolehi keampunanMu dan mendapat bahagian dari setiap kebaikan dan keselamatan dari setiap kejahatan dan berjaya mendapat syurga dan membebaskan dari api neraka.  Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir dan batinku, dan tidak satu urusan pun dari urusanku yang tersembunyi olehMu.  Dan aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang meminta pertolongan dan yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang minta dikasihani yang mengaku dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.  Ya Allah, aku memohon kepada Mu sebagaimana mintanya si miskin, dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya orang berdosa yang amat hina.  Aku mohon padaMu seperti orang yang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang menundukkan jiwanya, merendahkan raganya dan wajah serta hidungnya kepadaMu.


DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TASBIH

Wahai Tuhanku, Wahai Tuhan Yang Pemurah, Wahai Tuhan Yang Penyayang, Wahai Tuhan Yang Hidup Yang Memerintah, Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Wahai Tuhan tempat  tumpuan taqwa, dan keampunan, demi Tuhan yang mengingatkan mereka yang berzikir, terimalaqh dariku taubat yang sebenar-benar taubat (tidak ulang kembali) dan lebihkanlah akan daku dengan limpah kasihan belas Engkau, cahaya yang gilang gemilang, dan berkilau-kilauan, wahai Tuhan Yang Penyayang daripada segala yang penyayang.


DOA SELEPAS SOLAT SUNAT WITIR


Ya Allah, bahawa sanya kami memohon akan dikau iman yang berkekalan.  Dan kami memohon akan dikau hati yang tetap.  Dan kami memohon akan dikau ilmu yang berguna.  Dan kami memohon akan dikau yakin yang benar.  Dan kami memohon akan dikau amalan yang soleh.  Dan kami memohon akan dikau agama yang teguh.  Dan kami memohon akan dikau kemaafan dan sihat.  Dan kami memohon akan dikau kesempurnaan sihat.  Dan kami memohon akan dikau syukur atas sihat.  Dan kami memohon akan dikau terkaya daripada manusia.  Ya Allah, Tuhan kami, terimalah sembahyang kami, puasa kami, ibadat kami, khusuk kami, merendah diri kami, perhambaan kami, dan sempurna kesalahan kami.  Ya Allah, Ya Allah,  Ya Allah, Hai Tuhan Yang Penyayang daripada segala yang penyayang.  Dan rahmat Allah atas sebaik-baik makhlukNya Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.  Dan puji-puji bagi Allah, Tuhan yang memerintah sekalian alam.

Wednesday 16 September 2015

Contoh Doa Selepas Solat 2




CARA BERDOA 2
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الْأَ وَّلِيْنَ ، وَالْآخِرِيْنَ ، وَسَلِّمْ وَرَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى ، عَنْ سَادَاتِنَا ، اَصْحَابِ سَيِّدِنَا رَسُوْلِ اللَّهِ اَجْمَعِيْنَ .
Ya Allah beri rahmatlah atas Penghulu kami Nabi Muhammad pada sekalian yang dahulu, dan yang kemudian, dan sejahtera oleh-Mu dan telah redha oleh Allah Taala, daripada sekalian Penghulu kami, sahabat-sahabat Penghulu kami pesuruh Allah sekalian.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمَ . اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَز
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam, selawat san salam ke atas Nabi junjungan serta Rasul utusan, dan ke atas keluarganya dan sahabatnya kesemuanya.
MEMBACA DOA YANG DIKEHENDAKI
(Boleh membaca sebarang doa yang dikehendaki:  Contohnya doa semua sembahyang sunat, seperti sembahyang sunat hajat, sembahyang sunat tahajjut dan lain-lain.  Boleh dibaca dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً/وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنَةً/وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ/ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ/يَا عَزِيْرُ/يَا غَفَّارُ/يا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
Wahai Tuhan kami, berilah kami di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka, dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang-orang yang berbakti (dan taat mengerjakan kebajikan), wahai Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan seru sekalian alam. [Al-Baqarah: (2:201)]
اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا يَا اَللَّه بِحُسْنِ الْخَاتِمَهُ/ وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا اَللَّه بِسُوْءِ الْخَاتِمَهُ.
Ya Allah, sudahilah kami Ya Allah dengan sebaik-baik kesudahan/ dan janganlah sudahi atas kami Ya Allah dengan sejahat-jahat kesudahan.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Rahmat sejahtera dari Allah mudah-mudahan melimpah kepada penghulu kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya sekalian. Maha Suci Tuhan-Mu, Tuhan yang Maha Mulia dari apa yang (orang-orang kafir dan musyrik) gambarkan; dan kesejahteraan kepada para rasul; dan segala pujian serta sanjungan hanya untuk Allah Tuhan semesta alam.
سورة الفاتحة
Membaca surah al-Faatihah
PENUTUP DOA
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا دُعَائَنَا، اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، دَعْوَاهُمْ فِيْهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلاَمٌ، وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Wahai Tuhan Kami terimalah daripada doa- doa kami, bahawa Engkau yang Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui, dan terimalah taubat kami bahawa Engkau yang menerima taubat lagi Penyayang, doa mereka itu padanya Maha Suci Engkau Ya Allah  dan kehormatan mereka itu padanya sejahtera, dan akhir doa mereka itu ialah puji-puji bagi Allah Tuhan yang memerintah sekalian alam

Contoh Doa Selepas Solat 1




CARA BERDOA 1
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الْأَ وَّلِيْنَ ، وَالْآخِرِيْنَ ، وَسَلِّمْ وَرَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى ، عَنْ سَادَاتِنَا ، اَصْحَابِ سَيِّدِنَا رَسُوْلِ اللَّهِ اَجْمَعِيْنَ .
Ya Allah beri rahmatlah atas Penghulu kami Nabi Muhammad pada sekalian yang dahulu, dan yang kemudian, dan sejahtera oleh-Mu dan telah redha oleh Allah Taala, daripada sekalian Penghulu kami, sahabat-sahabat Penghulu kami pesuruh Allah sekalian.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمَ . اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَفِيْءُ مَزِيْدَهُ ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam, pujian yang melengkapi segala nikmat-Nya dan membalas limpah kurnia-Nya, Ya Allah! Wahai Tuhan kami, untuk-Mu sahaja segala jenis kepujian itu sebagaimana yang sepatutnya sesuai dengan kebesaran dan kerajaan-Mu.
MEMBACA DOA YANG DIKEHENDAKI
(Boleh membaca sebarang doa yang dikehendaki:  Contohnya doa semua sembahyang sunat, seperti sembahyang sunat hajat, sembahyang sunat tahajjut dan lain-lain.  Boleh dibaca dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً/وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنَةً/وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ/ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ/يَا عَزِيْرُ/يَا غَفَّارُ/يا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
Wahai Tuhan kami, berilah kami di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka, dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang-orang yang berbakti (dan taat mengerjakan kebajikan), wahai Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan seru sekalian alam. [Al-Baqarah: (2:201)]
اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا يَا اَللَّه بِحُسْنِ الْخَاتِمَهُ/ وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا اَللَّه بِسُوْءِ الْخَاتِمَهُ.
Ya Allah, sudahilah kami Ya Allah dengan sebaik-baik kesudahan/ dan janganlah sudahi atas kami Ya Allah dengan sejahat-jahat kesudahan.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Rahmat sejahtera dari Allah mudah-mudahan melimpah kepada penghulu kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya sekalian. Maha Suci Tuhan-Mu, Tuhan yang Maha Mulia dari apa yang (orang-orang kafir dan musyrik) gambarkan; dan kesejahteraan kepada para rasul; dan segala pujian serta sanjungan hanya untuk Allah Tuhan semesta alam.
سورة الفاتحة
Membaca surah Al-Fatihah
PENUTUP DOA
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا دُعَائَنَا، اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، دَعْوَاهُمْ فِيْهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلاَمٌ، وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Wahai Tuhan Kami terimalah daripada doa- doa kami, bahawa Engkau yang Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui, dan terimalah taubat kami bahawa Engkau yang menerima taubat lagi Penyayang, doa mereka itu padanya Maha Suci Engkau Ya Allah  dan kehormatan mereka itu padanya sejahtera, dan akhir doa mereka itu ialah puji-puji bagi Allah Tuhan yang memerintah sekalian alam

Monday 14 September 2015

Hakikat & Syarat-syarat Sembahyang


A.        HAKIKAT SEMBAHYANG
            Ada empat perkara:
1.      Masuk berbuat sembahyang serta ilmu.
2.      Khusuk zahir dan batin.
3.      Tawadhuk kepada Allah.
4.      Warak – Meninggalkan berlebih-lebih pada yang halal.

B.        SYARAT-SYARAT WAJIB SEMBAHYANG
            Ada empat perkara:
1.      Islam.
2.      Baligh yakni cukup umur.
3.      Berakal.
4.      Suci daripada haidh dan nifas.

C.        SYARAT-SYARAT SAH SEMBAHYANG (RUKUN)
Ada tiga belas perkara:
1.      Niat.
2.      Takbiratul Ihram.
3.      Berdiri lurus.
4.      Membaca Al-Fatihah.
5.      Rukuk serta tamakninah.
6.      Iktidal serta tamakninah.
7.      Dua sujud serta tamakninah.
8.      Duduk antara dua sujud serta tamakninah.
9.      Duduk tasyahud akhir.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Salawat.
12. Salam yang pertama.
13. Tertib.

D.        SYARAT-SYARAT NIAT SEMBAHYANG
            Ada enam perkara:
1.      Qasad.
2.      Ta’arud akan fardhu.
3.      Takyin akan waktu.
4.      Di dalam hati.
5.      Ta’arud akan ada’an atau khada’an.
6.      Menyertakan niat di dalam Takbiratul Ihram.

E.        MUQARANAH  ( مقارنه )  NIAT SEMBAHYANG
            Ada empat hal
1.      Muqaranah Basiitah  ( مقارنه  بسيطة ) : terhampar niat – tiada sah.
2.      Muqaranah Tauzi’iyyah    ( مقارنه  توزيعية ) : menyukukan niat – tiada sah.
3.      Muqaranah ‘Urfiyyah  ( مقارنه  عرفية ) : pada sebahagian takbir – sah.
4.      Muqaranah Kamaliyyah  ( مقارنه  كمالية ) : meliputi pada seluruh takbir : sah.

F.         SYARAT-SYARAT TAKBIRATUL IHRAM
            Ada sepuluh perkara
1.      Dengan lafaz Allahu Akbar  ( الله اكبر ) .
2.      Dengan Bahasa Arab.
3.      Memelihara akan hurufnya.
4.      Memelihara akan tasydidnya.
5.      Jangan dipanjangkan melebihi dua alif  " ه " pada Allah  " الله " dan         " ب " pada Akbar  "اكبر" .
6.      Mematikan  " ر " pada Akbar  "اكبر ".
7.      Tertib.
8.      Muwallat.
9.      Didengan oleh telinganya.
10. Halnya berdiri betul.

G.        SYARAT-SYARAT AL-FATIHAH
            Ada lapan perkara:
1.      Memelihara akan hurufnya.
2.      Memelihara akan tashdidnya.
3.      Memelihara akan barisnya.
4.      Tertib.
5.      Muwallat.
6.      Tiada diajari oleh orang lain.
7.      Didengan oleh telinganya.
8.      Dalam hal berdiri.

H.        SYARAT-SYARAT BERDIRI LURUS
            Ada satu perkara:
1.      Yaitu tiada cenderung ke hadapan atau ke belakang atau ke kanan atau ke kiri.

I.          SYARAT-SYARAT RUKU’
            Ada dua perkara:
1.      Cenderung anggota sekira-kira sampai tapak tangan kepada lutut serta ada tamakninah.
2.      Tiada menyengaja yang lain daripada rukuk.

J.         SYARAT-SYARAT ‘IKTIDAL
            Ada tiga perkara:
1.      Berdiri betul serta ada tamakninah.
2.      Tiada menyengaja yang lain daripada ‘iktidalnya.
3.      Tiada melanjutkan berdirinya.  Melainkan kadar qunut.

K.        SYARAT-SYARAT SUJUD
            Ada enam perkara:
1.      Menghantarkan dahinya ke tempat sujud.
2.      Menghantarkan dua lutut, dan dua tapak tangan dan hujung jari kaki.
3.      Memberatkan kepala ke tempat sujud serta tamakninah.
4.      Tiada menyengaja yang lain daripada sujudnya.
5.      Terbuka dahinya.
6.      Meninggikan punggong daripada tengkuknya.

L.        SYARAT-SYARAT DUDUK ANTARA DUA SUJUD
            Ada tiga perkara:
1.      Duduk serta ada tamakninah.
2.      Tida menyengaja yang lain daripada duduknya.
3.      Tiada melanjutkan duduknya.

M.       SYARAT-SYARAT TASYAHUD AKHIR
            Ada lima perkara:
1.      Memelihara akan hurufnya.
2.      Memelihara akan tasydidnya.
3.      Memelihara akan barisnya.
4.      Tertib mendahulukan yang dahulu.
5.      Salawat atas Nabi s.a.w.

N.        SYARAT-SYARAT PADA SALAWAT
            Ada tujuh perkara:
1.      Memelihara akan hurufnya.
2.      Memelihara akan tasydidnya.
3.      Memelihara akan barisnya.
4.      Tertib.
5.      Muwallat.
6.      Didengan pleh telinganya.
7.      Halnya duduk.

O.        SYARAT-SYARAT PADA SALAM
            Ada lima perkara
1.      Memelihara akan tasydidnya.
2.      Memelihara akan kalimahnya.
3.      Memelihara akan muwallatnya.
4.      Didengar oleh telinganya.

5.      Halnya duduk.