CARA BERDOA 2
|
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
فِى الْأَ وَّلِيْنَ ، وَالْآخِرِيْنَ ، وَسَلِّمْ وَرَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى ،
عَنْ سَادَاتِنَا ، اَصْحَابِ سَيِّدِنَا رَسُوْلِ اللَّهِ اَجْمَعِيْنَ .
Ya
Allah beri rahmatlah atas Penghulu kami Nabi Muhammad pada sekalian yang
dahulu, dan yang kemudian, dan sejahtera oleh-Mu dan telah redha oleh Allah
Taala, daripada sekalian Penghulu kami, sahabat-sahabat Penghulu kami pesuruh
Allah sekalian.
|
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمَ .
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى
أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَز
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan
Pentadbir seluruh alam, selawat san salam ke atas Nabi junjungan serta Rasul
utusan, dan ke atas keluarganya dan sahabatnya kesemuanya.
|
MEMBACA DOA YANG DIKEHENDAKI
(Boleh
membaca sebarang doa yang dikehendaki: Contohnya doa semua sembahyang
sunat, seperti sembahyang sunat hajat, sembahyang sunat tahajjut dan
lain-lain. Boleh dibaca
dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu.
|
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً/وَفِى
الْآخِرَةِ حَسَنَةً/وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ/ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ
الْأَبْرَارِ/يَا عَزِيْرُ/يَا غَفَّارُ/يا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
Wahai
Tuhan kami, berilah kami di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan,
peliharalah kami dari azab neraka, dan masukkanlah kami ke dalam syurga
bersama-sama orang-orang yang berbakti (dan taat mengerjakan kebajikan),
wahai Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan seru sekalian
alam. [Al-Baqarah: (2:201)]
|
اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا يَا اَللَّه بِحُسْنِ
الْخَاتِمَهُ/ وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا اَللَّه بِسُوْءِ الْخَاتِمَهُ.
Ya
Allah, sudahilah kami Ya Allah dengan sebaik-baik kesudahan/ dan janganlah
sudahi atas kami Ya Allah dengan sejahat-jahat kesudahan.
|
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ
عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ
رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Rahmat
sejahtera dari Allah mudah-mudahan melimpah kepada penghulu kami Muhammad,
keluarga dan para sahabatnya sekalian. Maha Suci Tuhan-Mu, Tuhan yang Maha
Mulia dari apa yang (orang-orang kafir dan musyrik) gambarkan; dan
kesejahteraan kepada para rasul; dan segala pujian serta sanjungan hanya untuk
Allah Tuhan semesta alam.
|
سورة الفاتحة
Membaca surah al-Faatihah
|
PENUTUP DOA
|
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا دُعَائَنَا، اِنَّكَ
اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ
الرَّحِيْمُ، دَعْوَاهُمْ فِيْهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ
فِيْهَا سَلاَمٌ، وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ.
Wahai
Tuhan Kami terimalah daripada doa- doa kami, bahawa Engkau yang Amat
Mendengar lagi Amat Mengetahui, dan terimalah taubat kami bahawa Engkau yang
menerima taubat lagi Penyayang, doa mereka itu padanya Maha Suci Engkau Ya
Allah dan kehormatan
mereka itu padanya sejahtera, dan akhir doa mereka itu ialah puji-puji bagi
Allah Tuhan yang memerintah sekalian alam
|
Wednesday, 16 September 2015
Contoh Doa Selepas Solat 2
Labels:
Doa Selepas Solat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment